Projek Akhir eLearning Matematik & Sains melalui Live Tutorial eKelas Minggu ke-19
28 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniSeramai 10 orang pelajar telah menyertai sesi pembelajaran e-Learning Matematik dan Sains melalui Live Tutorial eKelas yang telah berlansung selama 7 jam bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang pada 27 Julai 2019 yang lalu. Sesi pada kali ini melibatkan aktiviti pelajar bersama dengan guru dan para pelajar mestilah memuat naik segala hasil kerja mereka ke dalam portal eKelas masing-masing untuk mendapatkan markah daripada guru atau pelajar boleh mengikut kumpulan jika berkumpulan.
Bagi sesi murid-murid tahun enam, aktiviti yang mereka jalankan bagi subjek matematik adalah membuat gitar pecahan dan bagi subjek Sains pula mereka harus membuat penerju berperacut. Pelajar-pelajar tingkatan satu pula membuat logo poligon diatas sehelai baju bagi subjek Matematik dan membuat cabaran bangunan tahan gempa bumi.
Pelajar-pelajar tingkatan tiga pula perlu membina lapisan matahari diatas kad manila bagi subjek Sains.Tujuan eKelas diadakan adalah sebagai sesi pendekatan bagi pelajar belajar bersama guru secara atas talian. Di samping itu, ia juga dapat memanfaatkan kuasa platform digital bagi tujuan penambaikan terhadap mata pelajaran yang kritikal dikalangan pelajar seperti subjek Matematik dan Sains ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: